Pemisah Antara yang Haq dan Batil

Are you sure Islam is just for Malays? Arabs?

Philipphines

China

India

Acheh, Indonesia (Tsunami)

U. S. A. The Great Sheikh Khalid Yaseen

September 24th, 2008 at 3:28 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Hari ini masuk hari ke 23. Masa yang berlalu memang amat pantas. Aku pun tak pasti apa yang aku dah buat sepanjang Ramadhan ini. Banyak kali aku “blank” dalam aktiviti harianku. Seolah2 dunia ni menyembunyikan cerita daripadaku. Setiap hari yang berlalu pada bulan Ramadhan, merupakan hari yang berharga pada umat Islam. Tapi aku? Blank. Tidak dapat membezakan antara malam ini malam biasa mahupun malam Ramadhan. Aku melihat ke langit.. Aku sedar sesuatu yang kurang dari diriku. Allah telah menarik kemanisan beribadah sempena Ramadhan. Sekiranya aku tidak pergi Terawih pada hari2 sebelumnya, aku tidak merasa rugi.

Aku terduduk di lantai. Ya Allah.. ruginya aku. Ramadhan, umat Islam di Mekah berpesta beribadah. Berebut2 tempat untuk sujud di MasjidilHaram, MasjidilNabawi, Masjid al-Aqsa, Mahupun tempat2 lain. Imam2 berdoa sambil menangis meminta peluang untuk diampunkan dosa dan dimasukkan ke syurga. SYURGA. Tempat yang semua orang mahukan. Benda ghaib, yang manusia kini lupa kerana lalai dengan wang. Mereka mahukan benda yang nyata di hadapan mereka. Wang! Harta! Kuasa! Perempuan! Mereka tidak sedar bahawa semua itu adalah ujian, dan boleh jadi bala’ pada mereka sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Sekarang.. sudah masuk 10 malam terakhir. Masa terbang begitu pantas. Sehari demi sehari Ramadhan hilang. Dan akan berakhir tidak lama lagi. Bunyi lagu raya semakin kuat. Imam2 semakin sedih. Apakah ini Ramadhan yang TERAKHIR?

Ya Ilahi, seluruh Muslim ingin menghabiskan sisa2 Ramadhan memuji2 namamu dan menjadi hambumu yang soleh/solehah. Berilah kami taufiq serta hidayah dan petunjuk darimu. Dan masukkanlah kami di dalam golongan orang2 yang beriman. Dengan izin-Mu ya Rabb.

September 20th, 2008 at 3:26 pm | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Tanda kebesaran Allah / Siksa kubur ?

Malay

Tanda kebesaran Allah / Siksa kubur ?

Di photo ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya .Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara islam di hari itu juga . Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas diagnosa dokter dan menginginkan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kematiannya. Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat .Mayat tsb begitu berbeda dalam 3 jam. Dia berubah tampak ke abu - abuan seperti orang yang sudah tua .Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras and with the broken bones of hands and legs, with the edges broken a, nd pressed into a body. dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga ujung ujungnya sehingga menekan kebadannya.Seluruh badan dan mukanya memar. Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputusasaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.Sebagai penutup dari orang yang meninggal tersebut semuanya di tujukan kepada Ilmu pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dipungkiri lagi keterangananya bahwa siksa kubur itu benar adanya seperti yang di peringatkan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad S.A.W.

English

The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body.However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father.. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body.However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death.. Relatives and his friends shocked when they saw the corpse.He was completely different within 3 hours.He turned grey as the very old man, with traces of obvious tortures and the most severe beating, All His body and face were full of bruise. The open eyes-showed hopeless fear and pain .The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture. Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah ( s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned. The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins.Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday.

In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):

- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: “Who is your Lord?” he will answer: “my Lord - Allah “. Then they will ask: “What is your religion?” he will answer: “My religion - Islam”. Then they will ask him: “Who that person who has been sent to you?” he will answer: “He is the Prophet of Allah “. Then they will ask him: “How do you know?” He will answer: “I read the Book of Allah and trusted Him.

And then from heavens the voice will come: ” My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise

and open the Gate of Paradise ” - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, “Who is your Lord?” he will answer: “I do not know”. Then they will ask: ” Who that person who has been sent to you?” he again will answer: I “do not know” - and then from the sky the voice will come: “he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! “-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.

In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so.

The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?

This story was translated from other language into English. That s why I apologize in advance for mistakes.

(www.TurnToIslam.com)

October 29th, 2007 at 9:36 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Hidayah kepada Mohd. Ravi unik

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

MOHD. Ravi Abdullah bersama isteri, Siti Khatijah Abdullah dan anak kedua mereka, Mohd Puven.

SABDA Rasulullah s.a.w., Siapa yang dikehendaki Allah mendapat
kebaikan, akan diberi faham dalam agama. Saya cuma orang yang
membahagi, Allah jua yang memberi.

Umat ini tidak dapat tegak atas agamanya. Orang yang menyalahi
mereka tidak dapat menganggu (merosakkan) mereka sehingga tiba pekerjaan Allah. (Hadis Syaikhan)

Itulah yang dialami anak kelahiran Banting, Selangor, Mohd. Ravi
Abdullah bagaimana pintu hatinya diketuk Allah s.w.t. Cuma dalam kisah penghijrahan akidah pengarah Marvitech Sdn. Bhd. ini, cara penyampaian hidayah itu diperoleh dikira cukup ‘unik’ atau berbeza daripada kebiasaan mereka yang bergelar mualaf.

Katanya, hidayah Allah kepadanya kadangkala sukar diceritakan kepada orang lain kerana bimbang berbeza pandangan dan pemahaman. Malah takut juga nanti dituduh mengada-adakan cerita.

“Semuanya bermula sejak 1996 di mana saya alami mimpi pertama iaitu bermimpikan bulan yang di dalamnya tertera kalimah Allah. Saya ada memberitahu kepada seorang tua di kampung. Selang beberapa tahun kemudian, saya membuka perniagaan di tapak ini dan membeli rumah di Bangi, sekali lagi saya bermimpi.

“Kali ini saya terdengar satu suara dari arah masjid berdekatan, sedang mengumumkan tentang pengislaman saya. Saya agak pelik dan menceritakannya kepada rakan kongsi. Dia terus memberi amaran kepada supaya jangan sekali-sekali saya berniat untuk memeluk Islam kerana jika saya teruskan maka buruk padahnya. Jadi saya buat tidak kisah apatah lagi, saya sudah berkahwin dan mempunyai anak,” cerita Mohd. Ravi, 37.

Beliau mengusahakan perniagaan jual beli kereta baru dan terpakai, perkhidmatan cuci kenderaan dan penyediaan pekerja kontrak sejak 2003.

Meneruskan kisah pengalaman pelik yang dilalui, kata anak kedua daripada tiga adik-beradik ini lagi, pada penghujung 2005, anak pertamanya, Mohd. Yuven yang pada masa itu berusia tiga tahun, menangis tidak berhenti-henti.

Beberapa kali Mohd. Ravi dan pekerjanya cuba memujuk tetapi tidak berjaya malah tambah mengejutkan apabila diberitahu dia (Mohd. Yuven) hendak melihat dengan Allah.

Akui Mohd. Ravi, dia jadi buntu apabila pelbagai cara dilakukan tetapi Mohd. Yuven terus memberontak dan meminta dibawa ke masjid berdekatan. Beliau sempat menghubungi seorang kenalan, Haji Jamil tetapi kecewa kerana panggilannya tidak dijawab. Lantas, dia menyuruh pekerjanya membawa anaknya mengelilingi kawasan perkarangan masjid.

Keesokan harinya barulah muncul Haji Jamil dan isterinya di kedai. Apabila anak Mohd. Ravi ternampak sahaja mereka, dia menangis dan minta dibawa ke masjid.

“Selepas lebih sejam, mereka balik dan saya diberitahu anak saya sedikitpun tidak kekok berwuduk, bersolat dan berdoa. Bukan saya sahaja yang hairan malahan Haji Jamil dan isterinya. Pernah juga risau, kalau-kalau anak saya pula yang mengajak saya bersolat.

“Lantaran itu, sewaktu bersama teman dalam perjalanan ke satu destinasi, saya cuba-cuba bersolat. Selepas itu, sekali lagi saya bermimpi, saya berada di dalam kenderaan bersama seorang teman mualaf, Mohd. Ibrahim tiba-tiba saya terlihat sebaris ayat al-Quran di langit.
Saya ceritakan mimpi itu kepada Haji Jamil tetapi entah macam mana hati saya menjadi sayu, sebak dan terus menangis,” jelasnya.

Keesokannya pula, Mohd. Ravi bermimpi mengucap dua kalimah syahadah sebanyak dua kali lafaz dan kemudian bermimpi pula disuruh mendirikan solat oleh seorang lebai serba putih.

“Pada masa itu saya menolaknya biarpun beberapa kali digerakkan kerana terlalu mengantuk. Saya lihat jam menunjukkan pukul 5.45 pagi iaitu waktu solat Subuh,” akui Mohd. Ravi sekali lagi mengalami satu kejadian luar biasa di kedainya sekali gus membawa kepada detik pengislaman di hadapan pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah pada 12 Julai 2006.

Namun kata Mohd. Ravi, pada hari dilangsungkan pengislaman itu juga ada kisahnya yang tersendiri. Siapa sangka hasratnya untuk meneruskan niat pengislaman sedikitpun tidak dibantah ibu sungguhpun dia sekadar diberitahu menerusi telefon beberapa minit sebelum majlis itu.

Tidak terhenti di situ sahaja, Mohd. Ravi diislamkan sekali lagi di hadapan ketua kampung, Masjid Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor, Haji Rosli Deren, esoknya.

Dua bulan kemudian, barulah dia ke Pejabat Agama Islam Sepang untuk membuat pendaftaran pengislaman.

Benarlah bagai dikata, bergelar saudara baru mengundang pelbagai cabaran dan dugaan yang menuntut kesabaran. Penulis dikejutkan apabila pertanyaan tentang situasi getir itu menyebabkan Mohd. Ravi spontan sebak meskipun berusaha menyembunyikannya.

Rupa-rupanya apa yang dihadapi itu ada hikmah di sebaliknya serta lebih mendekatkan serta menambah keyakinan beliau kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Sekelip mata kehidupan Mohd. Ravi berubah dan keperitan itu tidak terhingga rasanya.

“Alhamdulillah, isteri saya begitu memahami dan sentiasa menyokong biarpun dia sendiri terkena tempiasnya. Saya mengambil keputusan menyendiri di masjid berhampiran dengan tujuan mencari ketenangan.

“Sepanjang di sana saya tidak henti-henti berdoa dan berjanji kepada-Nya bahawa walau apa dugaan yang melanda, saya tidak akan lari daripada Allah,” tambahnya.

Menurut Mohd. Ravi, beliau sekali lagi bermimpi berada dalam suasana seperti di masjid dan semua orang dalam keadaan gembira.

“Apabila saya tersedar, hati saya jadi tenang. Sejak itu satu demi kehidupan saya berubah. Saya berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung.

“Ini kerana sokongan dan kepercayaan merekalah yang membangkitkan semangat dan kekuatan saya sekali gus berazam membuktikan kejayaan setelah bergelar Muslim,” katanya yang sehingga kini berjaya mengislamkan tiga orang dan tidak melepaskan peluang mengikuti kursus-kursus ilmu anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Akui Mohd. Ravi, pengalaman kerohanian yang dikurniakan Allah silih berganti ke atasnya, telah membina benteng keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada-Nya biarpun ada segelintir pihak yang berniat tidak baik kepadanya.

Keyakinan ini bertitik tolak daripada hadis di atas kerana setiap yang kita anggap buruk, teruk ataupun negatif itu ada hikmah yang Allah sahaja mengetahuinya.

Bagi Mohd. Ravi tiada apa yang lebih menggembirakan apabila pengislamannya turut diikuti isteri tercinta, Siti Khatijah Abdullah, 34. Perkahwinan yang dibina diceriakan dengan keletah dua ‘heronya’ iaitu Mohd. Yuven, 5, dan Mohd. Puven, 3.

Kini, apabila rumah tangga dan perniagaan semakin stabil, Mohd. Ravi beriltizam untuk berdakwah menyebarkan syiar Islam dan pada masa yang membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim piatu.

Sementara itu, pesara tentera, Razali Husseen memberitahu, bantuan yang dihulurkan kepada Mohd. Ravi cuma sekecil zarah berbanding pertolongan sewajarnya kepada mereka yang bergelar mualaf.

“Ramai yang alpa tentang tanggungjawab setiap umat Muslim terhadap saudara sesama Islam apa lagi orang itu adalah seorang saudara baru. Ini kerana tentangan dan cabaran yang dihadapi jauh lebih hebat berbanding umat Islam asli.

“Saya melihat Mohd. Ravi ini seorang yang sudah ada ciri-ciri Islam sebelum memeluk Islam lagi. Jadi, kalau kita tidak dapat membantu dari segi material, sokongan moral itu sudah jauh lebih baik,” ceritanya yang sering mencuci kereta di situ.

Rakannya, Abdul Rahim Mohd. Nor pula berkata, sikap istiqamah yang ditunjukkan oleh Mohd. Ravi wajar dicontohi kerana itulah keunikan beliau dari sudut pandangannya.

“Ada ketikanya Mohd. Ravi meluahkan kepada saya tentang sikap segelintir umat Islam yang sudahlah tidak membantu tetapi tambah menyusahkan hidupnya.

“Hakikatnya, orang Melayu Islam perlu bersikap lebih terbuka dan jangan menganggap agama Islam itu milik bangsa mereka semata-mata. Sebenarnya, kita perlu sama-sama memudahkan sejajar dengan saranan Islam iaitu Islam itu mudah,” katanya sebelum kami menikmati makan tengah hari.

(Dipetik dari Utusan Malaysia - 21hb Jun 2007)

June 20th, 2007 at 11:59 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

 


Dusun_damai_5
Pengarang - Kangaroo Jack

Dusun Damai, Disember 2006 - Suatu kejadian aneh yang telah dialami oleh jejaka2 Ex-English College sewaktu sedang mengembara di Pagoh. Haha. Lawak sungguh peristiwa itu sampai semua orang memperhangatkan suasana malam dengan cerita2 sensasi tersebut. Berikut adalah saksi2 yang menyaksikan peristiwa aneh yang berlaku di kedai rojak petis. Saksi pertama ialah Kangaroo Jack. Anak buah Steve Irwin. Beliau telah mengaku tidak bersalah dengan dakwaan mengadakan konspirasi dengan Pak Seman untuk menjatuhkan martabat rakan2nya yang lain. Saksi kedua, Nathan a.k.a. Kabi, mendakwa bahawa Jack ialah rakan kamcing Pak Seman dan mempunyai hati dengan anak daranya. Saksi ketiga, Mr. Hippo yang cute ****, turut berada di tempat kejadian. Beliau merupakan Orang Kiri Pak Seman, memandangkan beliau duduk di sebelah kiri sambil makan rojak. Beliau memang sudah phobia dengan area Pagoh setelah diganggu oleh Pelacur Murahan di stesen minyak Petronas sebelum ini. Ini juga didakwanya adalah angkara Kangaroo Jack. Mangsa Terakhir, mangsa paling malang ialah Mr Buffy. Dia telah dianak tirikan oleh Pak Seman. Segala persoalan oleh Pak Seman tidak dihiraukan sama sekali. Dan tumpuannya hanyalah pada camera yang ada di meja. Sekian Berita.

Rumusan - Kehkehkeh. Antara Journey yang lawak giler la. Memang havoc giler la Pak Seman. Memang aku suka giler dengan cara dia borak. Memang menghadap satu arah ajer. Siap hisap rokok bergaya beb. Tiup kat belah Buff. Haha. Pastu yang jauh skali tu… Tak perlu la aku teruskan. Kesian Baff. Kehkehkeh.

"Pakcik, pakcik ada berapa orang anak?" tanya seorang anggota.(Nama dirahsiakan untuk menyembunyikan identiti)

Pak Seman menghembuskan asap rokok ke mukanya.

Budget dapat anak Pak Seman. Kehkehkeh. Semua orang tunduk dengan muka kecewa. Kahkahkah.

Trip ke Dusun tu hanyalah dua malam. Antara misi yang berjaya ialah barbeque, memancing dan mencari air terjun.

Hari Pertama
Ok, first sekali Barbeque. Memang mewah la dan terima kasih pada Encik Kabi yang budiman membuat rencah dan kepada rakan yang menolong bakar ayam. Di samping durian ada la jugak makanan2 lain dihidangkan.

Hari Kedua
Dan padahari keesokannya, Kabi sekali lagi memasak Mee Goreng ala mak mak. Dan telah dikomplen oleh Buffy kerana tak cukup masin dan tak cukup pedas. Kehkehkeh. Lepas tu masa petang lak, bebudak sumer pergi mancing. Dan ada kejadian kejam telah terjadi. Sekali lagi Buffy membuat apa yang dia mahir, iaitu mem"buff"kan diri. Dengan kejam beliau telah memicit perut cengkerik sampai mamat tu dah takde perut dah. Lepas tu dia mengumpil perut seekor katak sehingga katak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Macam cerita Braveheart beb. Babak William Wallace kena rodok kat perut. Kehkehkeh.

Hari Ketiga
Misi seterusnya adalah mencari air terjun. Setelah mengembara dengan abang Seman(Ni Seman lain), selama beberapa jam, kami diketemukan dengan sebuah air terjun yang cukup besar . Cukup besar bagi semut untuk mandi. Kehkehkeh. Sekali lagi kami di"punk’d" oleh abang Seman.  Memang lawak giler la. Aku memang tak tahan ketawa setelah Ayam menyatakan luahan hatinya dan mengatakan bahawa itu adalah air terjun MENYEMBUR. Kehkehkeh! Tu la yam, kalo jalan ngan aku memang ader benda tak kena. Dulu kat penang ada peristiwa cipan jugak kan? Kehkehkeh. Ayam…Ayam.. Dari Sekolah Rendah, tak berubah. Ok, balik pada cerita, setelah di punk’d, semua orang berpakat untuk pergi mandi di air terjun lain. Namanya aku dah lupa. Tapi tak berjaya untuk sampai ke tempat tu memandangkan hari sudah hampir menjelang senja. Walaubagaimana pun, ingatlah nasihat Pak Seman wahai kengkawanku. Aku sendiri tak ingat apa dia cakap, tapi Pak Seman Rules!

Last sekali, Segala persoalan tentang jambul love ayam terjawab dengan terkantoinya ayat2 jiwang pada malam itu.. Kehkehkeh.

June 19th, 2007 at 7:37 am | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. 10 Malam terakhir. Rata2 umat Islam menangis mengenangkan dosa. Sama ada pada Pencipta mahupun sesama Makhluk. Rata2 Muslim pohon kekuatan iman sebagai benteng dari segala godaan mahupun tohmahan, sebagai api semangat menjalani ibadah harian dan sebagai rintihan hamba memperbaiki hubungan dengan penciptanyanya. 10 Malam terakhir. Rata2 umat Islam mencari malam seribu bulan. Mengharapkan ditemui mutiara yang tersimpan dalam bulan yang penuh barakah ini. Penghulu segala bulan. 10 Malam terakhir. Rata2 umat Islam menitiskan air mata mengharapkan taufik dan hidayah tidak ditarik oleh Allah kerana sifat hambanya yang leka dan sentiasa melakukan kesilapan. 10 Malam terakhir. Rata2 Imam sebak menangisi nasib umat Islam sekarang ini sambil menyatakan doa. Para wali dan ulama menangis membacakan ayat2 Allah. 10 Malam terakhir. Mungkinkah kita akan jumpa Ramadhan lagi?

October 14th, 2006 at 12:21 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Ahmadinejad TEHRAN, Iran (CNN) — Iranian President Mahmoud Ahmadinejad has described the Holocaust as "a myth" and suggested that Israel be moved to Europe, the United States, Canada or Alaska. The United States, Israel and the European Commission — along with individual European countries — have condemned the remark. Ahmadinejad sparked widespread international condemnation in October when he called for Israel to be "wiped off the map." Last week, he also expressed doubt about the killing by the Nazis of six million Jews during World War II, but Wednesday was the first occasion when he said in public that the Holocaust was a myth. "They have invented a myth that Jews were massacred and place this above God, religions and the prophets," Ahmadinejad said in a speech to thousands of people in the Iranian city of Zahedan, according to a report on Wednesday from Islamic Republic of Iran Broadcasting. "The West has given more significance to the myth of the genocide of the Jews, even more significant than God, religion, and the prophets," he said. "(It) deals very severely with those who deny this myth but does not do anything to those who deny God, religion, and the prophet." "If you have burned the Jews, why don’t you give a piece of Europe, the United States, Canada or Alaska to Israel," Ahmadinejad said. "Our question is, if you have committed this huge crime, why should the innocent nation of Palestine pay for this crime?" Mark Regev, spokesman for Israel’s Foreign Ministry, said: "The combination of a regime with a radical agenda, together with a distorted sense of reality that is clearly indicated by the statements we heard today, put together with nuclear weapons — I think that’s a dangerous combination that no one in the international community can accept." "What the Iranian president has shown us today is that he is clearly outside the international consensus, he is clearly outside international norms and international legitimacy, and in so doing he has shown the Iranian government for what it is — a rogue regime opposed to peace and stability and a threat to all its neighboring countries," Regev said. In addition, Ahmadinejad spoke in Zahedan about Iran’s nuclear program, maintaining it will insist on its right to develop nuclear energy for peaceful purposes. "Those who themselves produce nuclear arms should not raise hue and cry against those who only want to gain access to nuclear technology for peaceful purposes," he said, according to a report from the Islamic Republic News Agency. "Countries which have arsenals of nuclear, chemical and biological weapons which can be used against other countries at their whim and those who supplied the Baathist regime with (chemical) weapons that killed thousands of innocent Iranians … now go to all lengths to block Iran from gaining access to peaceful nuclear technology," he said. "We are sure they have criminal intentions, and there was never any doubt that they were piling weapons of mass destruction to be used against less powerful nations," Ahmadinejad said, according to the IRNA report. ‘Completely unacceptable’ In Berlin, German Foreign Minister Frank-Walter Steinmeier said his government had summoned the Iranian charge d’affaires to make "unmistakably clear" its displeasure, The Associated Press said. "I cannot hide the fact that this weighs on bilateral relations and on the chances for the negotiation process, the so-called nuclear dossier," Steinmeier said, referring to European talks with Iran on its nuclear program. (Full story) The White House said the comments underlined the need for the international community to work together to "keep Iran from developing nuclear weapons." "All responsible leaders in the international community recognize how outrageous such comments are," spokesman Scott McClellan said, Reuters reported. In Brussels, European Commission spokeswoman Emma Udwin said such "completely unacceptable" comments would do nothing to restore confidence in Iran. "We feel very strongly that Iran is damaging its own interests with these kind of remarks," she added. The Spanish government said it "emphatically condemns" the remarks by the Iranian president. "These statements from the highest levels of Iran, added to previous statements, do not contribute in any way to the peace process between Arabs and Israelis, nor to the stability of the Middle East region," the Spanish Foreign Ministry said in a statement. Ahmadinejad’s views contrast with those of his moderate predecessor Mohammad Khatami, who urged a dialogue among civilizations. Some conservative allies in Iran have criticized the current president’s remarks, AP reported, because they fear he is damaging the country’s image. Moderates have urged the ruling Islamic establishment to rein in the president. But Supreme leader Ayatollah Ali Khamenei supports Ahmadinejad’s calls for Israel’s elimination, the news agency added. Tehran-based political analyst Mahmoud Alinejad said the president could feel his speeches strengthen Iran diplomatically. "There is a perception, based on past experience that only when Iran threatens and pushes does the West back off," he told Reuters. CNN producer Michal Zippori contributed to this report. Copyright 2005 CNN. All rights reserved.This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed. Associated Press contributed to this report.

October 11th, 2006 at 1:58 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Renungilah…
Mari berhimpun di kota, bandar di desa,
Insaflah semua ibu bapa dan remaja,
Ulama kita dihina, jangan dihina,
Dengarlah ia walaupun sebentar saja,
Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung,
Janganlah engkau percaya dengan sandiwara,
Sekarang bukan bermenung, zaman bermenung,
Mari bersama oh adik, meninggal dosa,
Mari berhimpun di kota, bandar di desa,
Insaflah semua ibu bapa dan remaja,
Ulama kita dihina, jangan dihina,
Dengarlah ia walaupun sebentar saja.

Video Link:~
http://youtube.com/watch?v=39zpl5quvfs

October 9th, 2006 at 9:20 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Subhanallah… the environment in Kuwait’s Mosque… asking for forgiveness… cries for forgiveness… Masha Allah… link is below…

http://www.youtube.com/watch?v=qfQ2WjEf6go

September 23rd, 2006 at 2:15 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Ramadhan kembali lagi…. Alhamdulillah… dan insya allah umat Islam akan menyambut Ramadhan sekali lagi… Syukur kerana Allah memberi peluang untuk memperbaiki diri… Allah memberi chance untuk umat Islam memperbaiki diri… Allah memberi peluang untuk kembali ke jalan yang haq dan memilih jalan ke syurga mahupun jalan ke neraka (na’uzubillah)… of course secara logiknya manusia akan pilih syurga… tetapi apa amalan yang perlu dilakukan untuk mendapat redha, dan rahmat allah? …banyak… Ramadhan antara bulan2 yang patut ditunggu2 oleh umat Islam… majlis berbuka diadakan bukan sahaja di rumah, malahan di masjid juga… ambillah peluang untuk merapatkan diri dengan komuniti masjid… kenallah saudara2 kita… makanlah sedulang dengannya… nescaya akan timbul rasa cinta terhadap mereka… mungkin masa ini umat Islam boleh mengambil initiatif untuk memperkuatkan hubungan ukhuwwah sesama Muslim… solatlah di masjid… terawih mahupun yang fardhu… 8 atau 20 tidak menjadi masalah… janganlah bahan ini dijadikan telagah dan pergaduhan besar… umat Islam kita pada masa ini sudah berpecah belah… bila kita hendak bersatu? bagaimana hendak mencapai satu matlamat? Ukhuwwah itu penting, ambillah peluang ini…jangan sia siakan peluang ini…amatlah rugi sekiranya ramadhan ini hanya diibarat sebagai bulan yang biasa… satu lagi yang patut kita amalkan ialah keikhlasan dalam beribadah…jangan jadikan benda ini benda yang dipaksa, atau hanya routine harian…hadirkanlah diri kita di hadapan Allah….fahamkan apa yang kita mintak dari Allah semasa sembahyang…Allah sayangkan hambanya yang sentiasa cuba mencari keredhaannya…insya allah…all the best to all my dear brothers…jazakallahkhairankathiran…

Ada satu dzat jika:
Selangkah kita merapat pada-Nya, seribu langkah Dia merapat pada kita
Kita menyambutnya dengan berjalan, Dia menyambut kita dengan berlari …
Akhirnya…, jika kita mendapat perhatianNya, Dia akan memerintahkan kepada malaikat untuk menyampaikan kepada seluruh isi langit dan bumi untuk mencintai kita.

Itulah Allah Azza wajalla yang kekal dan kuasa. Kunci untuk mendapatkan cintaNya adalah dengan mencintaiNya melebihi apapun juga.

(kucerita ini sebagai renungan terutama bagi diriku….dan amnya bagi para sahabat yang lain…semoga ramadhan kali ini memberi makna yang tidak ternilai bagi kita….hanya allah sahaja yang dapat membalas mereka yang beriman…)

Selamat menyambut bulan ramadhan ! arini 1st day pose.. dah niat pose ke blom ni? haa kalo blom niat lagi pi niat cepat² :)

Lafaz Niat Puasa Sebulan :

"Nawaitu Sauma Shahri Ramadhana Kullihi Lillahi Ta’ala"
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالى
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa :

"Nawaitu Sauma Ghadin An ‘Adaa ‘An Fardi Shahri Ramadhana Hazihis Sanatil Lillahi Taala"
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

September 19th, 2006 at 7:32 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink