Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. 10 Malam terakhir. Rata2 umat Islam menangis mengenangkan dosa. Sama ada pada Pencipta mahupun sesama Makhluk. Rata2 Muslim pohon kekuatan iman sebagai benteng dari segala godaan mahupun tohmahan, sebagai api semangat menjalani ibadah harian dan sebagai rintihan hamba memperbaiki hubungan dengan penciptanyanya. 10 Malam terakhir. Rata2 umat Islam mencari malam seribu bulan. Mengharapkan ditemui mutiara yang tersimpan dalam bulan yang penuh barakah ini. Penghulu segala bulan. 10 Malam terakhir. Rata2 umat Islam menitiskan air mata mengharapkan taufik dan hidayah tidak ditarik oleh Allah kerana sifat hambanya yang leka dan sentiasa melakukan kesilapan. 10 Malam terakhir. Rata2 Imam sebak menangisi nasib umat Islam sekarang ini sambil menyatakan doa. Para wali dan ulama menangis membacakan ayat2 Allah. 10 Malam terakhir. Mungkinkah kita akan jumpa Ramadhan lagi?