Dusun Damai, Disember 2006 - Suatu kejadian aneh yang telah dialami oleh jejaka2 Ex-English College sewaktu sedang mengembara di Pagoh. Haha. Lawak sungguh peristiwa itu sampai semua orang memperhangatkan suasana malam dengan cerita2 sensasi tersebut. Berikut adalah saksi2 yang menyaksikan peristiwa aneh yang berlaku di kedai rojak petis. Saksi pertama ialah Kangaroo Jack. Anak buah Steve Irwin. Beliau telah mengaku tidak bersalah dengan dakwaan mengadakan konspirasi dengan Pak Seman untuk menjatuhkan martabat rakan2nya yang lain. Saksi kedua, Nathan a.k.a. Kabi, mendakwa bahawa Jack ialah rakan kamcing Pak Seman dan mempunyai hati dengan anak daranya. Saksi ketiga, Mr. Hippo yang cute ****, turut berada di tempat kejadian. Beliau merupakan Orang Kiri Pak Seman, memandangkan beliau duduk di sebelah kiri sambil makan rojak. Beliau memang sudah phobia dengan area Pagoh setelah diganggu oleh Pelacur Murahan di stesen minyak Petronas sebelum ini. Ini juga didakwanya adalah angkara Kangaroo Jack. Mangsa Terakhir, mangsa paling malang ialah Mr Buffy. Dia telah dianak tirikan oleh Pak Seman. Segala persoalan oleh Pak Seman tidak dihiraukan sama sekali. Dan tumpuannya hanyalah pada camera yang ada di meja. Sekian Berita.
Rumusan - Kehkehkeh. Antara Journey yang lawak giler la. Memang havoc giler la Pak Seman. Memang aku suka giler dengan cara dia borak. Memang menghadap satu arah ajer. Siap hisap rokok bergaya beb. Tiup kat belah Buff. Haha. Pastu yang jauh skali tu… Tak perlu la aku teruskan. Kesian Baff. Kehkehkeh.
"Pakcik, pakcik ada berapa orang anak?" tanya seorang anggota.(Nama dirahsiakan untuk menyembunyikan identiti)
Pak Seman menghembuskan asap rokok ke mukanya.
Budget dapat anak Pak Seman. Kehkehkeh. Semua orang tunduk dengan muka kecewa. Kahkahkah.
Trip ke Dusun tu hanyalah dua malam. Antara misi yang berjaya ialah barbeque, memancing dan mencari air terjun.
Hari Pertama
Ok, first sekali Barbeque. Memang mewah la dan terima kasih pada Encik Kabi yang budiman membuat rencah dan kepada rakan yang menolong bakar ayam. Di samping durian ada la jugak makanan2 lain dihidangkan.
Hari Kedua
Dan padahari keesokannya, Kabi sekali lagi memasak Mee Goreng ala mak mak. Dan telah dikomplen oleh Buffy kerana tak cukup masin dan tak cukup pedas. Kehkehkeh. Lepas tu masa petang lak, bebudak sumer pergi mancing. Dan ada kejadian kejam telah terjadi. Sekali lagi Buffy membuat apa yang dia mahir, iaitu mem"buff"kan diri. Dengan kejam beliau telah memicit perut cengkerik sampai mamat tu dah takde perut dah. Lepas tu dia mengumpil perut seekor katak sehingga katak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Macam cerita Braveheart beb. Babak William Wallace kena rodok kat perut. Kehkehkeh.
Hari Ketiga
Misi seterusnya adalah mencari air terjun. Setelah mengembara dengan abang Seman(Ni Seman lain), selama beberapa jam, kami diketemukan dengan sebuah air terjun yang cukup besar . Cukup besar bagi semut untuk mandi. Kehkehkeh. Sekali lagi kami di"punk’d" oleh abang Seman. Memang lawak giler la. Aku memang tak tahan ketawa setelah Ayam menyatakan luahan hatinya dan mengatakan bahawa itu adalah air terjun MENYEMBUR. Kehkehkeh! Tu la yam, kalo jalan ngan aku memang ader benda tak kena. Dulu kat penang ada peristiwa cipan jugak kan? Kehkehkeh. Ayam…Ayam.. Dari Sekolah Rendah, tak berubah. Ok, balik pada cerita, setelah di punk’d, semua orang berpakat untuk pergi mandi di air terjun lain. Namanya aku dah lupa. Tapi tak berjaya untuk sampai ke tempat tu memandangkan hari sudah hampir menjelang senja. Walaubagaimana pun, ingatlah nasihat Pak Seman wahai kengkawanku. Aku sendiri tak ingat apa dia cakap, tapi Pak Seman Rules!
Last sekali, Segala persoalan tentang jambul love ayam terjawab dengan terkantoinya ayat2 jiwang pada malam itu.. Kehkehkeh.

Jubo Lembu!
January 21, 2008 @ 5:12 am