Hari ini masuk hari ke 23. Masa yang berlalu memang amat pantas. Aku pun tak pasti apa yang aku dah buat sepanjang Ramadhan ini. Banyak kali aku “blank” dalam aktiviti harianku. Seolah2 dunia ni menyembunyikan cerita daripadaku. Setiap hari yang berlalu pada bulan Ramadhan, merupakan hari yang berharga pada umat Islam. Tapi aku? Blank. Tidak dapat membezakan antara malam ini malam biasa mahupun malam Ramadhan. Aku melihat ke langit.. Aku sedar sesuatu yang kurang dari diriku. Allah telah menarik kemanisan beribadah sempena Ramadhan. Sekiranya aku tidak pergi Terawih pada hari2 sebelumnya, aku tidak merasa rugi.
Aku terduduk di lantai. Ya Allah.. ruginya aku. Ramadhan, umat Islam di Mekah berpesta beribadah. Berebut2 tempat untuk sujud di MasjidilHaram, MasjidilNabawi, Masjid al-Aqsa, Mahupun tempat2 lain. Imam2 berdoa sambil menangis meminta peluang untuk diampunkan dosa dan dimasukkan ke syurga. SYURGA. Tempat yang semua orang mahukan. Benda ghaib, yang manusia kini lupa kerana lalai dengan wang. Mereka mahukan benda yang nyata di hadapan mereka. Wang! Harta! Kuasa! Perempuan! Mereka tidak sedar bahawa semua itu adalah ujian, dan boleh jadi bala’ pada mereka sekiranya tidak digunakan dengan betul.
Sekarang.. sudah masuk 10 malam terakhir. Masa terbang begitu pantas. Sehari demi sehari Ramadhan hilang. Dan akan berakhir tidak lama lagi. Bunyi lagu raya semakin kuat. Imam2 semakin sedih. Apakah ini Ramadhan yang TERAKHIR?
Ya Ilahi, seluruh Muslim ingin menghabiskan sisa2 Ramadhan memuji2 namamu dan menjadi hambumu yang soleh/solehah. Berilah kami taufiq serta hidayah dan petunjuk darimu. Dan masukkanlah kami di dalam golongan orang2 yang beriman. Dengan izin-Mu ya Rabb.
menyentuh hati entry di atas.2 month ago,mama ajak ke makkah tunaikan umrah,tapi banyak sgt alasan i. insyallah jika kelapangan dan di izinkan tuhan,akan i jejak ke tanah suci mencari kasih mama…
September 20, 2008 @ 7:14 pmMekah… Kalau dah tiba sana baru tahu apa erti Ibadah dan hubungan hamba dengan penciptanya. I miss Mekah.
September 22, 2008 @ 2:49 am